“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~
Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini. Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini. Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan.
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~
Anda boleh berjaya dengan cemerlang jika anda bekerja sendirian. Namun anda akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan lebih mudah jika anda mendapat pertolongan sahabat-sahabat anda. Seingat-ingat saya, saya ada ramai sahabat baik yang telah membantu saya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan juga universiti.
Hargai sahabat baik anda kerana mereka akan memainkan peranan yang penting dalam hidup anda. Jadilah seorang sahabat yang baik agar anda juga dapat menyumbang ke arah kejayaan sahabat-sahabat anda.
Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~
Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu. Sama seperti melihat makanan di bulan ramadhan, walaupun ia tidak menyelerakan namun nampak sedap dan mampu membuat anda terliur. Waktu itu anda mungkin menyesal kerana tidak makan makanan tersebut pada waktu lain (selain siang di bulan Ramadhan).
Begitu juga dengan pelajaran. Ia merupakan satu peluang yang berdiri di depan anda. Jika anda lepaskan peluang itu dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, peluang itu pasti meninggalkan anda. Sedar-sedar nanti, apabila anda sudah bekerja dan menghadapi kesukaran untuk maju, anda terasa menyesal kerana membiarkan ia berlalu pergi..
suka la ak tgk blog ko ni!!!colourful sggh…seceria orgny jg.ak heran napa ko xtulis apa2 pun dlm blog ko ni??tulis la luahan hati ko kat dlm ni…senang ak nak tilik ko nati!!!ni ak tgk 2,3 hari ni semcm je…nape tu??sensitif sesgt….
org yg byk alasn byk menemui kegagalan..
org yg menghargai shbt akn hidup bahagia selelu di smping shbt..
peluang adalah sekali..tp lihatlah peluang yg kite dpt tu untk kebaikan atau tidak..kalu peluang baik maka ambiklah..tp kalu peluang yg tk ok..maka abaikanlah…
yg penting fikir dulu sblum buat keputusan…
pntingkan akal kemudian baru jatuh ke hati…